Thursday, May 27, 2010

JUALAN BAJU SEMPENA SUKAN AIR MASUM 2010

.....

Salam semua.. =)

Jualan baju ni yang amat memberansangkan seperti jualan goreng pisang panas selama 2 hari di Empangan Batu, Gombak. Projek yang ini merupakan projek kerjasama dengan Kelab Rowing UTM dan I Rys dalam membantu mengumpul dana Kelab ini. Cuma 2 design yang di buat dan hasil nya jom tinjau2 pic di bawah..



JUALAN BAJU SEMPENA SUKAN AIR MASUM 2010


ROWBOT (White Quick Dry)

Front






Back








ROWBOT (Navy Quick Dry)

Front






Back








KAYAK GAMES (Red Quick Dry)

Front








Back






Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan walaupun hanya 2 design di jual. Insya Allah kerjasama ini akan diteruskan untuk Varsity Rowing Game di Putrajaya penghujung bulan September nanti. Sama-sama kita nantikan.. Jumpa next projek k..




MASUM UTM ROWING TEAM 2010 - Pain T-Shirt

.....


Salam semua.. x nak cerita banyak, jom enjoy tengok design dan cetakan baju UTM Rowing Team sempena Masum 2010.. tempahan sebanyak 82 helai, 2 jenis tshirt quick dry berwarna putih dan lt blue... =)



MASUM UTM ROWING TEAM 2010 - Pain T-Shirt


(Lt. Blue Round Neck Quick Dry)

Front




Back








(White Round Neck Quick Dry)

Front




Back





Ok tak design kali ni? jujur, suka tengok design belakang tu. dikalangan athlete rowing utm, diorang panggil baju ni baju pain. sebab perkataan pain di belakang tu kot. haha.. apa pun, tahniah kepada pasukan rowing utm yang merupakan juara keseluruhan lelaki dan wanita acara rowing pada MASUM 2010 ni. ada sedikit gambar diselitkan di sini yg berjaya di cari di dalam facebook. hehe..




Saturday, May 1, 2010

SRC - Stong & Ayam Mountain Expedition

.....

Yup.. Salam semua.. Selamat bercuti sempena hari pekerja.. =)

ok lah, di samping santai2 di rumah tu, jom kita tengok projek kali ni dari SRC UTM sekali lagi.. XPDC ke gunung Stong dan gunung ayam, Kelantan.. tempahan seramai 61 orang, merupakan kain microfibre quick dry oren sport berwarna hitam, bersama cetakan berwarna magenta.. Untuk lebih teliti, semak pic2 yg di post ni =)

SRC UTM - STONG & AYAM EXPEDITION


Hadapan




Belakang




Zoom in







Gamba pgm (ehsan dari facebook)










hehe. k x pjk kali ni?? tp gunung stong memang best.. x tipu punye.. waterfall semua cantik2.. k lah, skg sedang progress untuk projek MASUM Sukan Air 2010 di Empangan Batu, Gombak. Dah seminggu perah idea cari design untuk jualan t shirt.. tgu next project k.. =)




Wednesday, April 21, 2010

KELAB ALAM SEKITAR, SMA KULAIJAYA

.....

Pengunjung I Rys Studio.. Semua Sihat2?? Ceria2 je ni.. hehe..

Projek kali ni x datang dari UTM. Tp, dari sebuah kelab sekolah menengah di kulaijaya pada pertengahan Mac.. Kelab Alam Sekitar, Sekolah Menengah Munsyi Abdullah nama diberi.. Tempahan berjumlah 29 orang, sulaman perkataan, cetakan nama individu dan ilustrator pokok kelab ini. fabrik yang digunakan jenis Honey Comb dari Oren Sport, sama jenis dengan fabrik PK Polo.. Apa pun, suka tengok wording yang mereka pilih ni untuk nama individu.. enjoy next pic.. =)


KELAB ALAM SEKITAR SEKOLAH MUNSYI ABDULLAH, KULAIJAYA


Hadapan



Belakang



Zoom In







Kelab berunsur pencinta alam ni.. sukses2...sokong perjuangan kelab ni. hehe. Terima kasih pada adik Hasif dan adik Heng selaku Majlis Tertinggi kelab ini.. insya Allah, untuk adik2 sekolah, ada diskaun.. k lah.. nak post satu lagi projek dari SRC lepas ni.. tungguuu.. =)





Thursday, April 15, 2010

FURNITURE DESIGN IKM LUMUT

.....

Alohai pengunjung2 I Rys.. hehe..

Ok, next project pun jauh nun dari Lumut, Perak. Tiba2 je datang projek ni dlm di tengah2 kesibukan kerja. Projek dari student course Furniture Design, IKM Lumut. pun semua nya hanya di hujung jari.. deal design guna email dan phone shj.. seminggu siap terus sampai di depan rumah... mudah kn.. =) Alhamdulillah.. I Rys n the gang semakin jauh melangkah.. semoga dapat bertapak di Perak la lepas ni.. hehe.. thanks saudara hafiz.. cek photo yg sempat di ambil sebelum pos..


FURNITURE DESIGN IKM LUMUT


Hadapan



Belakang



Zoom In



Sudut Melipat.. hehe. ada teknik melipat nya ni..



Nak cerita mengenai fabrik yg digunakan dalam tempahan ni. ianya dari fabrik jenis PK Polo. kalau bahasa basah org panggil, 'baju kain guni'.. haha.. k lah, fabrik ni agak jauh berbeza dengan fabrik cotton. nampak je mcm kain guni, penglihatan mata kasar nya mcm panas jenis kain ni. tp hakikat nya, x lah mcm tu. kain nya agak mahal sikit dari cotton, x mudah kedut, lusuh dan koyak.. malah lebih kemas dari cotton. jd kain jenis ni memang sesuai kalau di buat baju untuk program-program seperti kursus dan majlis rasmi.. projek Furniture Design IKM Lumut kali ni berjumlah 51 orang dan mereka memilih untuk menggunakan fabrik PK Polo ni.



PK Polo dari ENZO






ok, jumpa lagi.. =)









Related Posts with Thumbnails